Powered By Blogger

Sunday, March 4, 2012

lam tali lam

lam tali lam tampli tamplong,
bohong terus bohong,
tipu terus tipu,
fitnah terus fitnah,
teruskan segala noda,
kau fikir dunia takkan kiamat?

Thursday, January 19, 2012

i'mwithstupid


ini perang kita,
perang sesama manusia,
perang tamak harta,
perang yang sia-sia,
ini perang kita,
perang berebut takhta,
perang mencipta bencana,
perang penuh dusta
ini perang kita,
tanda kita sama sahaja,
bodoh...dan bodoh.

negaREJIM


ini aku,
ini kamu,
ini kita,
ini kecil dan dewasa,
ini fana' dan abadinya,
ini celaka dan tuahnya,
ini tanah tumpahnya darahku...

ignoreMeyouweus


bila esok datang,
senyum sepuas-puasnya,
kerana itu hak yang empunya jiwa,
bila esok datang,
celikkan mata,
pandang semesta,
kerana itu rahmat yang esa,
bila esok datang,
ucapkan kata-kata cinta,
kerana itu empunya rasa,
bila esok datang,
jangan lupa,
untuk menghadapi,
hari yang mendatang....hehehe

Friday, December 30, 2011

rasuk


merah,
menyala mata hitamku,
susuk tubuh terasa seram sejuk,
melihat kau di hadapanku,
terasa mahu,
koyak rabakkan rusuk tulangmu,
lalu ku bakar segumpal hatimu,
rentung,
hangit,
bau kepuasan,
atas dasar,
aku dendam,
dendam kau sampai kau mati...

Wednesday, December 14, 2011

akukata

dengar,
angguk,
jangan geleng,
dengar kata aku,
tunduk pada yang tepu,
otak kaku,
definisi makna bagi melayu...paham?
atau,
bodoh?

Thursday, November 24, 2011

politikusial

kusut,
hampir semua hilang,
dalam lintas waktu,
yang dibawa dek gerombolan pendakyah,
duar-uarkan bahawa esok kita...merdeka,
dasar penipu didalam jiwa nadi mereka.