Powered By Blogger

Monday, January 25, 2010

hutangpiutang

guna,
lupa,
leka,
hanya meminta,
tak memberi,
hanya menerima,
lupa lagi,
hutang lagi,
cela memang cela,
hamba yang tak mengenang jasa,
buta,
tuli,
bisu,
lidah kelu,
sengaja begitu,
lupa lagi,
memang dasar hamba celaka,
manusia yang lupa pada kasih yang Esa...

Tuesday, January 19, 2010

sempurna

dia sempurna,
sentiasa menyempurnakan aku,
hadiah dari tuhan yang tiada siapa tahu,
terbaik buatku,
tak pernah gagal untuk membuatkan aku rindu...akhmal hakim

Sunday, January 17, 2010

sibutamelihatcinta

merah warnanya,
gengam erat jari-jemari,
sedingin salju,
aku membisu,
mungkin keliru,
berdiri di penjuru jalanan,
langkah ini berat,
tapi berat lagi hati ini,
jiwa seolah tercabut dari jasad,
erat jarinya tak sanggup aku lepaskan,
dan aku...
berhenti pada titik tujuan,
tak mampu mengungkapkan kata,
mungkin satu dalam sejuta,
aku sibuta melihat cinta...56464


p/s:kisah seorang remaja lelaki yg buta,dipimpin tangan oleh seorang wanita,dia hanya terkedu dan membisu,hatinya bergelora,kenapa dia merasakan sesuatu yang berbeza pada kali ini,tidak pernah sebegitu ruang hatinya terisi dengan suatu cahaya...mngkin cinta...atau sekadar rasa,hadiah buat yang mencarinya...56464

Saturday, January 16, 2010

nalurihamba



sesat kekadang,
tak terjumpa jalan pulang,
walhal jalannya terang-benderang,
duhai hati,
moga kau tak bernasib malang,
mohon dilindungi selalu,
dengan kasih dan iradat tuhan...

Thursday, January 14, 2010

cintalupacinta

aku lupa,
baiklah,
esok aku akan cuba lagi,
huh...
lupa lagi,
maafkan aku,
mohon ampunkan aku,
aku terlupa,
baiklah,
aku akan cuba lagi,
aah!
hari ini,
aku lupa lagi,
selalu lupa,
maafkan aku
aku cuba untuk tidak lupa,
aku akan pastikan yang aku tidak akan lupa,
aku akan cuba untuk tidak menyintaimu,
huhuhu...
lupa lagi...



p/s:aku sentiasa menyintaimu sayang selama mana hayat dikandung badan 56464

Tuesday, January 12, 2010

gerimishati

berdiri,
menanti kau tiba,
hanya untuk seketika,
hati berdebar,
terasa seperti ia meronta,
mahu sahaja aku menjerit rindu,
biar dunia ini tahu,
aku bukan seperti dulu,
aku takkan kalah lagi,
aku akan menang pasti
pulang dengan janji suci,
.....berlalu.....
masa berlalu,
awan mendung,
berarak kelu,
aku hanya diam terpaku,
rintik-rintik pilu menitis dipipiku,
aku kalah,
sekali lagi,
seperti dulu,
dia takkan datang,
dia takkan tiba,
dan aku lemah,
dibasahi gerimis dikala senja...

Wednesday, January 6, 2010

eclipse

gelap,
malam makin suram,
hati biru serabut,
kelam akalku berfikir,
teras otak bagai hilang panduan,
rongga kerongkongku sesak,
celaru,
nafas ku hela,
ibarat jatuh dari puncak gunung,
ke dasar lautan duri sadis,
terselamat dari tragis,
cuba untuk tenang,
cuba untuk menang,
hatiku,
mengeluh sayu,
"salahkah aku menyintaimu sayang"
malam makin kelam,
dan aku keseorangan,
ditemani gelap malam,
makin tersesat dalam mencari arah tujuan,
dalam keliru kekosongan cahaya,
legap gerhana bulan...

Friday, January 1, 2010

hatibolakbalik

semerah hening senja,
sebiru lautan yang dalam,
sejauh saujana mata memandang,
hati masih suram,
tenang-tenang suam,
secawan kopi ku hirup perlahan-lahan,
Tuhan itu ada,
selalu ada,
apa mungkin aku kan kecewa,
cinta padaNYA,
suatu cinta yang nyata...