Powered By Blogger

Friday, October 30, 2009

buatmu teman-teman

mungkin ini adalah kata-kataku yang terakhir pada kali ini,untuk update puisi yang terbaru mungkin akan aku sambung pada sem hadapan,kalau dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,aku akan cuba lagi menulis puisi dengan ilham yang diberi,aku sedang diuji,ya Allah...doakan buatku wahai teman,nantikan keluaran bku puisi dan cerpen hasil nukilan aku dan ben dibawah produksi dansloque yang bertajuk seratus wajah, dan kalau ade rezeki selepas itu akan diterbitkan puisi dan cerpen sejadah cinta......

akusedihdankecewadenganmanusiawi

aku bercinta dengan kejujuran,
aku bercinta dengan kepercayaan,
aku bercinta dengan ketulusan,
namun akhirnya,
kejujuran...
kepercayaan,
ketulusan hati ku,
dirobek dengan penuh penderitaan,
mungkin tuhan ingin melihatku,
dalam jisim yang baru,
sedang aku dulu syirik padanya,
kerna terlalu bergantung pada hambanya yang bisu,
menyatakan hakikat cinta aku,
sekarang,
aku sedang merasakan penderitaan,
kesengsaraan,
sedang dalam itu ku cuba merasakan ketenangan,
akhir kataku buatmu tuhan,
kuserahkan segala ketentuan,
tunjukkan aku jalan...

Tuesday, October 20, 2009

vioheart

diheret ke lorong gelap,
malap,
suram tak bercahaya,
mula mencari jalan keluar,
sedang aku diheret oleh akal dan nafsu,
diri sendiri,
keliru membedakan cinta dan dusta,
dan kedengaran gesekan viola sumbang,
irama tak sekata,
bunyinya haru biru,
membinasa rasa,
sedang itu lagu yang ku dengari dahulu,
ku puja selalu,
dan sekarang memekakkan telingaku,
membutakan hatiku,
mengaburkan pandanganku,
mematikan jiwaku.

Monday, October 19, 2009

segumpal hati

kadang-kadang hati berbicara,
nada sendu,
nada siksa,
mungkin sunyi,
dan aku cuba mencari teman sejati,
berlari,
kesana kemari,
mengejar hakiki palsu rasa,
binasa dan terus binasa,
ia sebati menjadi darah daging,
segumpal hati,
dan aku...sepi,
cuba mengemis kembali kasih illahi.

Sunday, October 18, 2009

boneca

siapa yang mampu mencapai mahumu,
bila mana kau jua seorang,
manusia...

Thursday, October 15, 2009

akusukadia

SYAIR AL-HALAJ ( ANA AL-HAQ)

Aku adalah Dia yang kucinta dan
Dia yang kucinta adalah aku
Kami adalah dua jiwa yang bertempat dalam satu tubuh.
Jika engkau lihat aku, engkau lihat Dia,
dan jika engkau lihat Dia, engkau lihat aku

Maha suci zat yang sifat kemanusiaan-Nya,
membukakan rahasia cahaya ketuhanan-Nya yang gemilang.
Kemudian kelihatan baginya mahluk-Nya,
dengan nyata dalam bentuk manusia yang makan dan minum

Jiwa-Mu disatukan dengan jiwaku,
sebagaimana anggur disatukan dengan air murni.
Jika sesuatu menyentuh Engkau,
ia meyentuhku pula,
dan ketika itu dalam tiap hal Engkau adalah aku.

Aku adalah rahasia Yang Maha Benar,
dan bukanlah Yang Maha Benar itu aku
Aku hanya satu dari yang benar, maka bedakanlah antara kami.

Sebelumnya tidak mendahului-Nya, setelah
tidak menyela-Nya, daripada tidak
bersaing dengan Dia dalam hal
keterdahuluan, dari tidak sesuai dengan Dia,
ketidak menyatu dengan dia, Dia tidak mendiami Dia,
kala tidak menghentikan Dia, jika tidak berunding dengan Dia,
atas tidak membayangi Dia,dibawah tidak menyangga Dia, sebaliknya tidak menghadapi-Nya, dengan tidak menekan Dia, dibalik tidak mengikat Dia,
didepan tidak membatasi Dia, terdahulu tidak memameri Dia,
dibelakang tidak membuat Dia luruh, semua tidak menyatukan Dia,
ada tidak memunculkan Dia, tidak ada tidak membuat Dia lenyap, penyembunyian
tidak menyelubungi Dia, pra-eksistensi-Nya mendahului waktu, adanya Dia
mendahului yang belum ada, kekalahan-Nya mendahului adanya batas.

Di dalam kemuliaan tiada aku,
atau Engkau atau kita,
Aku, Kita, Engkau dan Dia seluruhnya menyatu.


aku pernah menjadikan mansur al-halaj sebagai mentorku dalam soal pemikiran hakikat ketuhanan, namun beberapa kitab yang ku baca mula memeningkan dan aku mengambil jalan untuk tidak terlalu terpengaruh dan berpegang teguh pada al-quran dan sunnah, cuma disebalik si halaj,ada kisah yang sangat menarik yang membuat aku mengalirkan air mata.aku sertakan puisi ini untuk kalian melihat dan merenung diri, adakah kita mengenal Allah dan jika ada kekeliruan, persoalkan dan aku akan cuba membantu atau kalian perlu berusaha sendiri untuk mengetahui hakikat dan riwayat si penulis puisi ini.

Wednesday, October 14, 2009

komplotan

aku berserabut,
dan menyerabutkan,
perlahan-lahan...tenang...layan komplot,
berkomplotan dengan perasaan.

stressgiler

hari ini,
esok dan hari-hari yang mendatang,
aku masih membenci seorang pendidik,
dihadapanku,
dibelakangku,
aku masih membencinya,
seorang pendidik,
padaku tiada guna andai memiliki ilmu,
andai penyampaiannya buntu,
bercelaru,
lalu mencipta aku,
yang menghukum,
memberontak,
yang membenci,
sedang aku hanya seorang penurut nafsu,
wahai pendidik ku,
sedarlah akanmu tentang tanggungjawabmu,
sedang aku ini buntu dan keliru dalam menuntut ilmu,
mungkinkah aku akan terus membencimu...
sedang ALLAH?

Tuesday, October 13, 2009

hartakita

dengan lafaz sayang,
dengan lafaz kasih,
dengan titah,
dengan janji,
dengan gertak,
dengan marah,
dengan kalimah,
dengan huruf yang pada haknya,
dengan nada dan burdah,
dengan tajwid dan qira'at,
dengan pembuka bicara,
dengan akhir kata,
dengan rahsianya,
dengan indah,
dengan kisah,
dan dengan penyudah,
pada karamah dan keajaiban,
yang dibukakan dan yang disembunyikan,
aku berdiri disini dengan pembuka kalam,
dengan nama ALLAH yang maha penyayang dan maha mengasihani.

Friday, October 9, 2009

ummi(inspired by nasyeed ummi-ahmed bukhater)

selembut belaian,
setenang kasih sayang,
seharum cinta seorang insan,
kau hadir anugerah tuhan,
tanda hebatnya,
hakikat kasih suci,
ciptaan indah tak bertepi illahi,
dan dikala aku duka,
kau datang memberi senyuman tawa,
meringankan segala derita,
dan dikala aku alpa,
teguranmu membuatkan aku sedar,
bangkit dari godaan khayal dunia,
kau cahaya malamku,
kau cahaya hidupku,
dan aku...amat merinduimu,
wahai ibuku...ummiku.

Thursday, October 8, 2009

perfume

harum,
aku terbau haruman kasih,
menyelinap di segenap penjuru nafasku,
tenang...linangan air mata,
selepas sujudku tatahkan taat,
selepas doaku tatahkan rintih,
aku masih khayal dengan bauan sayu,
harum,
terlalu harum,
wangian cinta soal hatiku,
atau bukti kasih sang pencinta,
dan aku...termenung sejenak,
mungkin,
rahsia hakiki yang dirahsiakan,
nikmat seribu nikmat,
lazat begitu lazat,
zouq makrifat mengenal hakikat,
dibukakan tanda selamat,
atau tanda tibanya hajat,
sang pencinta datang menjemput,
menjamu selera syahdu di akhir saat...

Tuesday, October 6, 2009

aku bukan wildan

marah tanda sayang,
benci tanda sayang,
sedih tanda sayang,
ketawa tanda sayang,
dan aku masih menyayang,
antara kalangan insan yang sering ku kenang,
dalam hati dan dalam pandangan,
kerna aku mungkin tak sesempurna,
wildan idaman kalian...

rindu bulanku

bulan,
aku merindui cahayamu,
malamku kini hening,
aku tersenyum,
kadang-kadang ketawa sendiri,
kadang-kadang menangis sepi,
aku melihat aku yang dulu,
merindui zaman kecilku,
merindui keanak-anakanku,
tapi...itu dulu,
bulan,
aku merenungmu dari jauh,
seakan-akan kau menjauhkan diri dariku,
kenapa...?
aku masih seperti dulu,
aku setia menantimu,
setia merenung,
setia dan terus setia,
penat tapi aku masih setia,
bulan,
jangan kau menghinaku,
jangan kau menjauhiku,
jangan kau membenciku,
kerna aku masih aku yang dulu,
bulan,
temani aku yang merinduimu,
kerna tak mampu lagi,
aku menganalogi rindu...

Sunday, October 4, 2009

ihatemyself

................menangis................
aku cuma mahu jadi diri sendiri,
aku cuma mahu jadi aku,
namun,
tak perlu,
tak penting,
aku salah,
aku silap,
aku kotor,
aku hina,
aku bodoh,
aku tak menghormati,
tak jua disenangi,
kini aku mengerti,
yang kotor tetap kotor,
yang suci tetap suci,
mungkin ini penghujung segala puisi,
kerna diri ini dah mati hati...

Friday, October 2, 2009

arelongway

sunyi hati seorang insan,
gelap katanya,
walhal ada cahaya terang dan nyata,
jalan lurus kadang-kadang ada lompang,
perlu diisi dengan keyakinan,
bahawa tuhan bersamamu jua bersamaku,
yang pasti,
hidup perlu diterus,
dan terus hingga sampai ke penghujung,
garisan penamat,
siapa yang menyambut?