Powered By Blogger

Monday, August 31, 2009

janji AKU

lesu merenung waktu,
menanti KAU datang menjemputku,
bersama kasih yang KAU janjikan buatku...

aku ahli syurga?

bangun,
lewat,
subuh,
lewat,
solat,
aku lewatkan,
hidup nak tenang,
nak riang,
aku senyum,
khayalkan bidadari dalam syurga,
suapkan aku anggur manis,
nikmat,
tapi aku bangun lewat lagi,
solat ku lewatkan lagi,
tenang,
ketawa,
bersandar pada kerusi malas,
boleh ke?
boleh kot...
tersenyum tenang,
hati dalam,
siapa tahu cerita pengakhiran.

Sunday, August 30, 2009

pelupa

Aaarrggghhhhh!!!!!!
woiii!!!!!
bodoh!!!!
celaka!!!!!!!
sial!!!!!!!
ini zikir-zikir manusia yang hatinya binasa.

ngilu

kelihatan seorang anak kecil,
menadah tangan,
dengan bakul yang berisi tisu,
ngilu dan pilu,
mengharapkan hari ini lebih dari semalam,
lalu seorang demi seorang,
melepasi tembok rintihan,
yang berkot,
bertopi,
bertudung,
berjubah,
berjeans,
bertatu,
berketayap,
mana-mana kebiasaan,
mundar-mandir dihadapannya,
kekadang menghadiahkan senyuman,
kekadang melontarkan tomahan,
ada juga yang membeli tisunya,
memberikan duit di tangan,
lalu melintas aku dihadapannya,
memberi kucupan pada dahinya,
hadiah dariku seorang insan,
jua seorang pengemis jalanan...

Saturday, August 29, 2009

cinta si munafiq

senang- lenang ku khayal,
lupa akan kasih si Rahman,
mencium bau-bauan dunia,
harum semerbak ku katakan cinta,
bila tersungkur jatuh derita,
mula ku tagih kasih si Rahim,
kataku alpa kerna nafsu jiwa,
sedangkan pilihan ditangan ku jua.

Thursday, August 27, 2009

buta,pekak,bisu.

melihat,
jelas nyata,
hanya mampu memandang,
kononnya simpati,
kononnya mengerti,
padahal ludah seribu maki,
nista diolah budi,
dan mereka...suram,
dengar,
mengerti,memahami,
lantas menjawab,
menyokong,
melaung,
walhal bohong,
hati bernanah benci,
dan mereka...sunyi,
kata-kata,
hubungan,
saling bertimbang rasa,
bertukar pandangan,
walhal hinaan,
hasad dengki,
dan mereka... mati,
mati biarkan mati,
kita lakonkan saja watak suci,
hati basi mana mengenal erti peduli,
kononnya,
kita yang memandang,
kita yang mendengar,
kita yang menyuarakan,
apa dikisah bukan nyawa kita yang melayang,
usah bicarakan soal perjuangan,
dunia ini syurga dan kita tuhan...
dan aku berdiri ditengah-tengah dua jalan,
mana satu yang kan ku pilih,
cinta suciNYA,
atau...syurga manusia berhala.

Monday, August 24, 2009

palagiat

kau merasakan kau paling suci,
kau merasakan kau paling murni,
walhal kau sombong,
apabila menerima ujian kau bingung,
sedangkan ALLAH sedang berbicara denganmu,
erti sebuah kesabaran,
erti sebuah keikhlasan...

Sunday, August 23, 2009

nakal seorang aku

halim dan aku yang nakal

hamba seorang hamba

hamba seorang hamba,
bernama hamba,
berbicara hamba,
berjalan seperti seorang hamba,
makan seperti hamba,
rukuk...sujud...hamba cuma hamba,
hamba kepada yang empuNYA,
asal hina jadi mulia,
kerna agamaNYA buat hamba,
hamba mencari,
mengemis dijalanan dunia,
meminta dan memuja,
kepada TUAN empunya cinta,
hamba hanya sekadar hamba,
yang cuba mengerti hakikat seorang hamba...

Saturday, August 22, 2009

sempurna seorang aku(haiku)

aku sempurna,
dengan kelebihan dan kekurangan,
daripada AKU yang menciptakan aku...

lagak seorang guru



ghufran,afiq,umair,aku(baju hitam)...kitorang buat projek untuk edp1610 kt sebuah sekolah daerah wangsa maju,lepak je.agak terkejut jgk sebab pertama kali kitorang berhadapan dengan pelajar-pelajar pendidikan khas,tp alhamdulillah,ALLAH maha kaya,sumenye anugerah dalm kehidupan,tmekaseh buat cikgu noraini lec untuk edp1610 kitorg yang banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat dan aku mule mengerti erti sebuah kesempurnaan seorang insan...

Thursday, August 20, 2009

tenang aku tenang

tenang...
terus tenang,
ingat jalan terang dihadapan,
tuhan menemanimu disepanjang kesakitan,
mengapa luntur,
usah berundur,
ujian tak pernah zalim,
kita mampu,
kerna tuhan itu adil.

kataku...

kata orang,
cinta itu getaran,
lahirnya tanpa diundang,
hati berdebar melihat sang pujaan,
angan-angan dan khayalan,
bahagia berpanjangan,
mahu dipeluk,
dilayan,
dihargai,
membina istana sehidup semati,
hingga terpesong hakikat insani,
kataku,
cinta itu ketenangan,
lahirnya kerana permintaan,
hati ingin berteman,
jiwa tenang walau berjauhan,
percaya dan ikhlas asas kebahagiaan,
realiti dan kenyataan,
suka duka,
jatuh bangun,
biar bersama,
berteduh dibawah naungan kasih illahi,
anugerah Tuhan buat insani...

Tuesday, August 18, 2009

botol air

sesaat berlalu,
aku termenung,
melihat keluar jendela,
kelihatan teman-teman bersukaria,
dan aku duduk dikerusi ini,
memandang wajahku,
di suatu sudut cermin,
tertawa melihat diri sendiri,
seminit kemudian,
aku merenung ke arah botol,
air terisi penuh di dalamnya,
ibarat mindaku,
tepu,
buntu,
tiada mampu aku bangun,
hanya tersenyum,
sejam masa berlalu,
aku tersedar dari lamunan,
lantas ku kuatkan diri,
bangkit dari tempat dudukku yang lapang,
menuju ke arah suara yang berkumandang,
suara azan yang memanggilku,
menghadapMu tuhan sekalian alam,
mohon diberikan aku kelapangan...

Wednesday, August 12, 2009

hati gundah

Hati gundah,
kerna semalam yang tak terpejam,
jelas hitamnya,
gelap dalam kelam,
dan aku...
terkapai mencari jalan cahaya,
terpandang ke suatu sudut,
ada sinar yang menembusi tembok suram ini,
ingin ku capai tapi tak berdaya,
hati gundah,
hanya mampu melara,
duka berbaur seksa,
aku bodoh dalam mencari penawarnya,
terminum racun dunia,
sakitnya jiwa yang merasa,
hati gundah,
penat dalam kehidupan ini,
ingin aku lelapkan mata,
gelap gelita...aku pinta,
memohon sepenuh jiwa,
Tuhan...hapuskan derita yang mencengkam rasa.

Saturday, August 8, 2009

bidadari

bidadari
aku melihatmu dari sudut yang berbeza,
tak ku sentuh,
tak kurasa,
tak ku dengar rayu pujukmu yang manja,
tak ku duga aku jatuh cinta,
padamu yang tak nyata dengan zahir dunia,
aku menggapai tangan mu,
halus mulus tenang ku rasa,
asyik dengan khayalan yang aku cipta,
hanya cuba mengerti ciptaan yang Esa,
kekadang tertawa sendiri,
kekadang menangis sepi,
mungkin kecewa tiada pernah ku bermimpi,
bertemu dirimu wahai bidadari,
agar diri ini tiada lagi,
berhati mati,
berjiwa sepi,
datanglah bidadariku hanya sekali,
cukuplah buat diri ini,
agar terubat lara dihati...

Friday, August 7, 2009

semalam,hari ini dan esok...

semalam...
aku ketawa terbahak-bahak,
gelagat riak seorang manusia,
kononnya bebas bergembira,
hati senang...hati leka,
dunia dalam genggaman,
jari-jemari membilang kertas,
akulah raja...aku yang hebat,
tiada sedar aku lemas,
dalam kemanisan nafsu,
seteguk demi seteguk,
ku minum dari darah noda dunia,
katanya syurga,
hari ini...
bangun dari lamunan,
tak tersedar waktu sering meninggalkan,
dan aku ditelan zaman,
umur,
kesihatan,
kawan-kawan,
keluarga,
pinjaman dari tuhan,
lalu terus menuju ke hamparan sejadah,
meminta dan menadah,
agar dosa lepas,
diampun dan dimusnah,
alunan zikir kedengaran tak seindah yang dilagukan,
bacaan kalamNYA tergagap-gagap,
masih lagi mengharap,
masih lagi memohon dijauhkan dari seksaan...
keesokannya,
melihat keluar jendela,
hati nafsu yang ku pagar masih lagi membara,
rasanya...gilanya,
pada dunia yang sementara,
tasbih ditanganku masih lagi membilang nama-nama suci illahi,
tanpa ku sedar air mata membasahi pipi,
syukur aku masih lagi dikalangan yang mencari,
yang ingin memiliki istana cinta illahi,
disana nanti...

Thursday, August 6, 2009

Ralat

singgah sebentar di tepian sungai,
setelah penat berjalan,
merentasi belukar dan rimba hitam,
luka-luka kecil...mengalir darah dari kakiku,
penat mencari erti sebuah rindu,
aku tak mengerti hakiki hidup ini,
jauh merantau mencari nilai sebuah kasih suci,
penat..aku terlalu penat,
terlantar bersandar pada pohon kerinduan,
tenang bernafas dibawah teduhan kesyahduan,
kalimah suci namaMU Tuhan,
ku sebut berulang-ulang,
ku lafazkan dalam keasyikan,
aku tersenyum melihat awan,
berarak menuju ke destinasi kehidupan,
dan aku...
bangun meneruskan perjalanan,
walau keluhan selalu kedengaran,
maafkan aku Tuhan,
kerna ralatku seorang insan...

Wednesday, August 5, 2009

irama dan lagu

Seandainya aku memahami,
Seandainya aku dengar,
Ku teliti setiap lakaran suci,
Cerita indah hikmah abadi bersemadi,
Pada setiap irama dan rima rentak,
Setiap kalimah memandu arah aku ke suatu dimensi,
Mungkinkah aku melangkah di jalan yang benar,
Atau tersungkur jatuh di hamparan hiba dan nista,
Aku tak mengerti dunia ini,
Apatah lagi disana nanti,
CeritaMU ku baca…cuba ku fahaminya,
Dan aku melangkah lagi,
Dengan seribu satu kemungkinan yang akan terjadi,
Ku lagukan,
Ku nyanyikan,
Pada nada seni yang dianugerahkan,
Berikan aku kemampuan,
Untuk memahami setiap rangkap demi rangkap yang ku alunkan,
Biar rasa tenang ini berkekalan,
Biar aku tenggelam dalam alunan kalamMU Tuhan…