Powered By Blogger

Thursday, August 20, 2009

kataku...

kata orang,
cinta itu getaran,
lahirnya tanpa diundang,
hati berdebar melihat sang pujaan,
angan-angan dan khayalan,
bahagia berpanjangan,
mahu dipeluk,
dilayan,
dihargai,
membina istana sehidup semati,
hingga terpesong hakikat insani,
kataku,
cinta itu ketenangan,
lahirnya kerana permintaan,
hati ingin berteman,
jiwa tenang walau berjauhan,
percaya dan ikhlas asas kebahagiaan,
realiti dan kenyataan,
suka duka,
jatuh bangun,
biar bersama,
berteduh dibawah naungan kasih illahi,
anugerah Tuhan buat insani...

No comments:

Post a Comment