dengan lafaz sayang,
dengan lafaz kasih,
dengan titah,
dengan janji,
dengan gertak,
dengan marah,
dengan kalimah,
dengan huruf yang pada haknya,
dengan nada dan burdah,
dengan tajwid dan qira'at,
dengan pembuka bicara,
dengan akhir kata,
dengan rahsianya,
dengan indah,
dengan kisah,
dan dengan penyudah,
pada karamah dan keajaiban,
yang dibukakan dan yang disembunyikan,
aku berdiri disini dengan pembuka kalam,
dengan nama ALLAH yang maha penyayang dan maha mengasihani.
dalam bahasa dan lafaz yang lahir dari rasa..hakikat diri seorang hamba..dari pencinta yang mencari cinta..
Tuesday, October 13, 2009
Friday, October 9, 2009
ummi(inspired by nasyeed ummi-ahmed bukhater)
selembut belaian,
setenang kasih sayang,
seharum cinta seorang insan,
kau hadir anugerah tuhan,
tanda hebatnya,
hakikat kasih suci,
ciptaan indah tak bertepi illahi,
dan dikala aku duka,
kau datang memberi senyuman tawa,
meringankan segala derita,
dan dikala aku alpa,
teguranmu membuatkan aku sedar,
bangkit dari godaan khayal dunia,
kau cahaya malamku,
kau cahaya hidupku,
dan aku...amat merinduimu,
wahai ibuku...ummiku.
setenang kasih sayang,
seharum cinta seorang insan,
kau hadir anugerah tuhan,
tanda hebatnya,
hakikat kasih suci,
ciptaan indah tak bertepi illahi,
dan dikala aku duka,
kau datang memberi senyuman tawa,
meringankan segala derita,
dan dikala aku alpa,
teguranmu membuatkan aku sedar,
bangkit dari godaan khayal dunia,
kau cahaya malamku,
kau cahaya hidupku,
dan aku...amat merinduimu,
wahai ibuku...ummiku.
Thursday, October 8, 2009
perfume
harum,
aku terbau haruman kasih,
menyelinap di segenap penjuru nafasku,
tenang...linangan air mata,
selepas sujudku tatahkan taat,
selepas doaku tatahkan rintih,
aku masih khayal dengan bauan sayu,
harum,
terlalu harum,
wangian cinta soal hatiku,
atau bukti kasih sang pencinta,
dan aku...termenung sejenak,
mungkin,
rahsia hakiki yang dirahsiakan,
nikmat seribu nikmat,
lazat begitu lazat,
zouq makrifat mengenal hakikat,
dibukakan tanda selamat,
atau tanda tibanya hajat,
sang pencinta datang menjemput,
menjamu selera syahdu di akhir saat...
aku terbau haruman kasih,
menyelinap di segenap penjuru nafasku,
tenang...linangan air mata,
selepas sujudku tatahkan taat,
selepas doaku tatahkan rintih,
aku masih khayal dengan bauan sayu,
harum,
terlalu harum,
wangian cinta soal hatiku,
atau bukti kasih sang pencinta,
dan aku...termenung sejenak,
mungkin,
rahsia hakiki yang dirahsiakan,
nikmat seribu nikmat,
lazat begitu lazat,
zouq makrifat mengenal hakikat,
dibukakan tanda selamat,
atau tanda tibanya hajat,
sang pencinta datang menjemput,
menjamu selera syahdu di akhir saat...
Tuesday, October 6, 2009
aku bukan wildan
marah tanda sayang,
benci tanda sayang,
sedih tanda sayang,
ketawa tanda sayang,
dan aku masih menyayang,
antara kalangan insan yang sering ku kenang,
dalam hati dan dalam pandangan,
kerna aku mungkin tak sesempurna,
wildan idaman kalian...
benci tanda sayang,
sedih tanda sayang,
ketawa tanda sayang,
dan aku masih menyayang,
antara kalangan insan yang sering ku kenang,
dalam hati dan dalam pandangan,
kerna aku mungkin tak sesempurna,
wildan idaman kalian...
rindu bulanku
bulan,
aku merindui cahayamu,
malamku kini hening,
aku tersenyum,
kadang-kadang ketawa sendiri,
kadang-kadang menangis sepi,
aku melihat aku yang dulu,
merindui zaman kecilku,
merindui keanak-anakanku,
tapi...itu dulu,
bulan,
aku merenungmu dari jauh,
seakan-akan kau menjauhkan diri dariku,
kenapa...?
aku masih seperti dulu,
aku setia menantimu,
setia merenung,
setia dan terus setia,
penat tapi aku masih setia,
bulan,
jangan kau menghinaku,
jangan kau menjauhiku,
jangan kau membenciku,
kerna aku masih aku yang dulu,
bulan,
temani aku yang merinduimu,
kerna tak mampu lagi,
aku menganalogi rindu...
aku merindui cahayamu,
malamku kini hening,
aku tersenyum,
kadang-kadang ketawa sendiri,
kadang-kadang menangis sepi,
aku melihat aku yang dulu,
merindui zaman kecilku,
merindui keanak-anakanku,
tapi...itu dulu,
bulan,
aku merenungmu dari jauh,
seakan-akan kau menjauhkan diri dariku,
kenapa...?
aku masih seperti dulu,
aku setia menantimu,
setia merenung,
setia dan terus setia,
penat tapi aku masih setia,
bulan,
jangan kau menghinaku,
jangan kau menjauhiku,
jangan kau membenciku,
kerna aku masih aku yang dulu,
bulan,
temani aku yang merinduimu,
kerna tak mampu lagi,
aku menganalogi rindu...
Sunday, October 4, 2009
ihatemyself
................menangis................
aku cuma mahu jadi diri sendiri,
aku cuma mahu jadi aku,
namun,
tak perlu,
tak penting,
aku salah,
aku silap,
aku kotor,
aku hina,
aku bodoh,
aku tak menghormati,
tak jua disenangi,
kini aku mengerti,
yang kotor tetap kotor,
yang suci tetap suci,
mungkin ini penghujung segala puisi,
kerna diri ini dah mati hati...
aku cuma mahu jadi diri sendiri,
aku cuma mahu jadi aku,
namun,
tak perlu,
tak penting,
aku salah,
aku silap,
aku kotor,
aku hina,
aku bodoh,
aku tak menghormati,
tak jua disenangi,
kini aku mengerti,
yang kotor tetap kotor,
yang suci tetap suci,
mungkin ini penghujung segala puisi,
kerna diri ini dah mati hati...
Friday, October 2, 2009
arelongway
sunyi hati seorang insan,
gelap katanya,
walhal ada cahaya terang dan nyata,
jalan lurus kadang-kadang ada lompang,
perlu diisi dengan keyakinan,
bahawa tuhan bersamamu jua bersamaku,
yang pasti,
hidup perlu diterus,
dan terus hingga sampai ke penghujung,
garisan penamat,
siapa yang menyambut?
gelap katanya,
walhal ada cahaya terang dan nyata,
jalan lurus kadang-kadang ada lompang,
perlu diisi dengan keyakinan,
bahawa tuhan bersamamu jua bersamaku,
yang pasti,
hidup perlu diterus,
dan terus hingga sampai ke penghujung,
garisan penamat,
siapa yang menyambut?
Subscribe to:
Posts (Atom)
