Powered By Blogger

Sunday, November 7, 2010

sesaknafas

terkedu cakap,
terbelit lidah,
kekok berfikir,
sesekali melintang arah,
buntu,
pincang rentak lagu,
irama sumbang,
ketawa sambil menangis,
mata lesu,
lebam,
kemudian ketawa...
kemudian menangis...
duhai aku yang canggung,
buka langkah jangan tersadung,
alamat cinta tak tersanjung.

Saturday, November 6, 2010

yangselalu

susah...
penat...
malas...
letih...
sakit...
terluka...
itu yang selalu dirungutkan,
walhal sejuta rahmat dihadapan.

Wednesday, November 3, 2010

berlarikesyorga

penat hari ini,
nafas hiba,
aku duduk termanggu,
di hadapan pintu penjara diri,
resah dihadapan menanti dia,
kelibatnya tak terlihat,
nafas sesak,
aku kempunan,
kalau hari ini tak datang,
masakan esok harus aku pulang,
hari ini aku inginkan,
esok terlalu lama,
sangat lama buatku SayanG,
mahu sahaja aku robohkan hijab kasih ini,
namun masakan aku berdaya,
aaahhh...datanglah...aku penat menunggu,
huh...
Assalamualaikum(dia),
wa'alaikummussalam(aku),
datang jua yangdinanti,
mukanya penat,
kerja kuat agaknya hari ini,
tapi pasti dia tidak akan melengahkan lagi,
kerana dia,
malaikat maut yang ku nanti,
ayuh...bawa aku berlari ke syorga...


p/s:aku mencari cinta MUHAMMAD:"(

Friday, October 29, 2010

tiada kata sechantek bahasa

hati mekar,
andai ada cinta tulus,
dihadiahkan sempena kedaifan nafsu,
hati gundah,
andai sinar cinta mula pudar,
iman mula melingkar ditakrifan nafsu,
lalu...
tersungkur dihamparan ngilu,
tuhan,
hidayahmu ku perlu,
buat jiwaku yg buntu...

Tuesday, October 26, 2010

Dia maha mengetahui

sesaat berlalu,
aku masih kelu,
sesaat kemudian...
aku tersenyum,
walau luka sedalam ini,
walau derita itu pasti,
aku yakin,
tuhan tak pernah silap,
dan...
Dia maha mengetahui,
apa yang terbaik untuk diri ini...

p/s:pilu sekeping hati

Saturday, September 25, 2010

kadang-kadang

rindu,
hati sepi,
tuhan mengerti hakikat diri ini,
lalu aku diuji,
dengan sekuntum cinta mekar mewangi,
membuta tuli aku bersaksi,
kerana terleka dengan hakikat manusiawi,
yang aku sendiri tak mengerti,
aku sibodoh yang malang,
tuhan...aku ingin pulang.

Thursday, September 2, 2010

menunggujodohdarilangit

aku menyintaimu sepenuh hatiku,
seluruh jiwa ragaku,
buat setulus nafas hidupku,
demi seluruh kehidupanku,
dalam ngilu,
dalam sendu,
dalam tawaku,
dalam bahagiaku,
walau mungkin tiada pernah aku mengenalimu,
aku kan tetap jadi milikmu setiap waktu,
dan temani aku saat ku buntu,
saat ku jemu,
saat ku keliru,
wahai jodohku yang ku tunggu-tunggu,
hadirlah sayang...aku menantimu,
penuh kesabaran dan penuh rindu...