Powered By Blogger

Thursday, December 24, 2009

fana'hatikupedih

sering kali hati ini sunyi,
ramai disisiku,
namun aku seolah lesu dipinggiran waktu,
kasih aku ibarat di angin lalu,
tak siapa yang tahu,
sering kali aku memuja cinta,
cinta aku pada si dia,
isteri idaman dunia dan syurga,
namun aku hanya dipersia,
sering kali aku mencurah kasih,
pada sang anak yang mula bertutur fasih,
ku harap kasih di balas kasih,
siapa tahu mungkin secebis doa tak sampai kesisi,
sering kali aku menikmati,
rasa dunia yang tak pernah habis,
hujan panas jua gerimis,
nikmatMU Tuhan tak pernah letih,
menyuburi hidup hambaMU yang daif,
duhai kekasih segala kekasih,
penuhi aku seadanya aku,
kerana Engkau sahaja yang ku tahu,
mampu menyembuh luka dikalbu...

No comments:

Post a Comment