................menangis................
aku cuma mahu jadi diri sendiri,
aku cuma mahu jadi aku,
namun,
tak perlu,
tak penting,
aku salah,
aku silap,
aku kotor,
aku hina,
aku bodoh,
aku tak menghormati,
tak jua disenangi,
kini aku mengerti,
yang kotor tetap kotor,
yang suci tetap suci,
mungkin ini penghujung segala puisi,
kerna diri ini dah mati hati...
dalam bahasa dan lafaz yang lahir dari rasa..hakikat diri seorang hamba..dari pencinta yang mencari cinta..
Sunday, October 4, 2009
Friday, October 2, 2009
arelongway
sunyi hati seorang insan,
gelap katanya,
walhal ada cahaya terang dan nyata,
jalan lurus kadang-kadang ada lompang,
perlu diisi dengan keyakinan,
bahawa tuhan bersamamu jua bersamaku,
yang pasti,
hidup perlu diterus,
dan terus hingga sampai ke penghujung,
garisan penamat,
siapa yang menyambut?
gelap katanya,
walhal ada cahaya terang dan nyata,
jalan lurus kadang-kadang ada lompang,
perlu diisi dengan keyakinan,
bahawa tuhan bersamamu jua bersamaku,
yang pasti,
hidup perlu diterus,
dan terus hingga sampai ke penghujung,
garisan penamat,
siapa yang menyambut?
Tuesday, September 29, 2009
i'm tired
usah menyoal tentang hakikat,
andai tak terlihat hitam dan putih,
usah menyoal tentang makrifat,
andai tak merasa pahit dan manis,
usah menyoal tentang mahabbah,
andai kasihkan dunia terlupa akhirat,
usah menyoal tentang kegembiraan,
andai diri tak pernah menangis kekecewaan,
usah mengimpikan syurga,
andai tak takut azab neraka,
dan...usah menyoal soalan,
andai jawapannya tak perlu diberitahu,
usah...sudahlah...aku penat.
andai tak terlihat hitam dan putih,
usah menyoal tentang makrifat,
andai tak merasa pahit dan manis,
usah menyoal tentang mahabbah,
andai kasihkan dunia terlupa akhirat,
usah menyoal tentang kegembiraan,
andai diri tak pernah menangis kekecewaan,
usah mengimpikan syurga,
andai tak takut azab neraka,
dan...usah menyoal soalan,
andai jawapannya tak perlu diberitahu,
usah...sudahlah...aku penat.
Wednesday, September 9, 2009
sepatu berharga
langkah disepanjang jalan,
lebih mudah andai ada yang sudi menemani,
penat,
perit,
didepan masih jauh,
dan aku masih melangkah,
sering jua hati ini berdarah,
kerna langkah kaki tak seiring dengan kehendak jiwa,
rasa,
kerna cintaNYA ku turutkan rasa,
walau kemudian hari,
diri ini binasa,
dan perjalanan tetap ku teruskan,
walau tanpa sepatu bertatahkan berlian.
lebih mudah andai ada yang sudi menemani,
penat,
perit,
didepan masih jauh,
dan aku masih melangkah,
sering jua hati ini berdarah,
kerna langkah kaki tak seiring dengan kehendak jiwa,
rasa,
kerna cintaNYA ku turutkan rasa,
walau kemudian hari,
diri ini binasa,
dan perjalanan tetap ku teruskan,
walau tanpa sepatu bertatahkan berlian.
Saturday, September 5, 2009
kubusdice
atas ke bawah,lontar dan memilih,
banyak atau sedikit,
tapi hidup tak semudah itu,
tak mampu nak memejam mata,
tak terdaya celik melihatnya,
penat mendengar cemuhan manusia,
suram kerna sunyi menyendiri,
dan hanya kata-kata dapat ku luahkan,
hidup ini tak semudah yang diinginkan,
seperti membaling dadu pada papan hitam putih permainan.
Wednesday, September 2, 2009
bicara sebatang rokok
kata ayah"merokok takde faedah",
kata mak"kalau merokok bukan anak aku",
kata cikgu"jangan merokok,bahaya,ikut apa cikgu cakap jangan tiru apa yang cikgu buat",
kata kawan-kawan"merokok tenangkan fikiran",
kata sahabat"merokok itu berdosa,haram",
kata seorang kekasih"rokok tu hina,tapi rokok tu jela yang sudi temankan aku,fahami aku,rapat dengan aku,andai ada seseorang yang sudi menggantikan rokok,temankan aku,fahami aku,rapat dengan aku,akan aku tinggalkan rokok ni",
kata aku"rokok...rokok...rokok....takde hal lain ke nak cakap"
kata mak"kalau merokok bukan anak aku",
kata cikgu"jangan merokok,bahaya,ikut apa cikgu cakap jangan tiru apa yang cikgu buat",
kata kawan-kawan"merokok tenangkan fikiran",
kata sahabat"merokok itu berdosa,haram",
kata seorang kekasih"rokok tu hina,tapi rokok tu jela yang sudi temankan aku,fahami aku,rapat dengan aku,andai ada seseorang yang sudi menggantikan rokok,temankan aku,fahami aku,rapat dengan aku,akan aku tinggalkan rokok ni",
kata aku"rokok...rokok...rokok....takde hal lain ke nak cakap"
Subscribe to:
Posts (Atom)

